::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Saturday 31 March 2012

~merepek~haha~

cinta bukan satu permainan . bukan juga suatu persinggahan . hati yang terluka tidak mudah untuk di ubati . hati yang setia mencintai bukan mudah untuk di cari dan di jual beli . namun mengapa hati yang sedia untuk memberikan cinta sering di sakiti dan di khianati ? jika benar cinta , mengapa sakit yang kau rasakan ? jika benar benci , mengapa bahagia yang kau alami ? hurmm . tanpa kau sedari . . . itulah sebenarnya cinta . jika bahagia tanpa derita yang kau rasakan , itu hanyalah suka semata . suka tidak semestinya cinta tapi cinta keseluruhannya suka . saat kau menyukai , kau sentiasa ingin merenung ke dalam matanya . saat kau menyukai , kau sentiasa malu-malu bila berhadapan dengannya . namun , jika kau benar mencintai , kau tidak akan melihat ke dalam matanya sahaja . kau akan melihat terus ke dasar hatinya . jika benar kau jatuh hati , kau akan menjadi dirimu yang sebenar di hadapannya . kerana cinta sejati bukan sesuatu yang mampu kau palsukan . ianya lahir tulus dari hati yang murni . suci dan sejati . 


kalau kau suka , kau tegar mengkhianati . kalau kau cinta kau akan setia walau disakiti . kalau kau suka kau akan bersamanya susah dan senang . namun sekiranya kau cinta , kau akan berdamping dengannya ke akhir hayat . sekiranya kau suka , kau turut menangis bersamanya ketika dia kesedihan . kiranya kau cinta , kau akan mencari jalan agar dia tertawa ketika kesedihan . andainya kau suka , kau akan tertawa melihat kegembiraannya . andainya kau mencintainya , kau akan sentiasa khuatir senyumannya akan hilang . kalau kau cinta kerana suka , ianya susah untuk terus kekal . kerana , suka sesuatu kerana bersebab . jika hilang sebabnya , pudarlah rasa sayang . namun jika kau menyukai kerana mencintainya . insyaallah . perasaan yang tulus akan selalu di bajai dengan kasih sayang walaupun badai melanda ceritera cintamu di masa itu . kau akan tetap berdiri teguh , setia di sisinya walau apa yang berlaku . itulah keajaiban cinta . cinta sejati tidak akan hilang walau masa berjalan seiringan denganmu . tanpa kau sedari , kau akan setia menantinya walaupun dia berubah tingkah . kerana bagimu , sekiranya dia untukmu , dia akan kembali kepadamu dan menyembuhkan luka yang di hadiahkan dahulu . 


sirhanmasrudin

Thursday 29 March 2012

salam . kehadapan seseorang yang aku sayangi . . . harap dapat lhaa bace post nih . maybe kali terakhir aku akan tulis menda sumer nih untuk kau ! sumpah aku ADORE kau selame nih . aku sayang kau sepenuh hati . sayang aku tak pernah berbelah bagi . tapi kenapa ? ape kesalahanku sehinggakan kau tidak sudah menguji ketulusan aku ? aku tidak sesempurna mana sayang . aku juga manusia biasa . aku sakit bila kau sakit . namun aku lagi sakit apabila kau tetap tersenyum di atas penderitaan yang kau lemparkan kepadaku ini . haha . <ketawa hanya luaran> hurm . . . selama ini aku banyak bersabar menahan karenahmu . hingga kadang kala aku hampir berputus asa . namun gelodak perasaan sayang aku terhadap dirimu yang telah banyak membuatku kuat dalam menempuh ujian yang kau tinggalkan untuk diriku . tapi sayang , pernahkah terlintas di dalam kotak fikiranmu ? sehingga bila aku harus menerima cabaran cinta darimu ? salahkah aku yang menyahut kasih darimu dahulu ? berdosakah aku yang selama ini tulus menyayangi dirimu ? tegarkah aku di perlakukan sedemikian rupa ? sedangkan bukan aku yang memulakan pertingkahan di antara kita . bila mana kau melukaiku , aku tetap cuba tabah . aku tetap cuba berdiri . tetap tersenyum bahagia . namun di hatiku . . . tangisan mengalir laju . :( apakah kau masih tidak menyedarinya sayang ? yang aku juga manusia biasa . empunya perasaan kasih . mengerti erti kesakitan . kepedihan . kesengsaraan . bila mana kau memerlukan ku , aku sentiasa di sisimu sayang . namun bilamana aku memerlukanmu , di manakah dirimu ? tapi ku tak menyesal sayang . aku terima dirimu seadanya kamu . aku memerlukan kau di saat ini hingga ke akhir hayatku . namun , bertelukulah kau sementara adanya aku . fikirkan semula penyebab keretakkan ini . fikirkan mengapa semua ini terjadi di antara kita . fikirkan lah .adakah aku yang bersalah ? adakah aku penyebab semua ini terjadi ? angkara akukah kita tidak dapat terus bersama ? mungkin benar . segalanya salahku . kerana tidak dapat membahagiakan dirimu sepertimana dia membahagiakanmu sebelum ini .:) tenangkah kau hidup bahagia di atas kelukaanku ? bahagiakah kau berdiri segak dengan kesakitan yang kau berikan ? sedangkan aku rebah . jatuh . lemah tidak bermaya . fikirkan sejenak . dengan kewarasan akalmu . angkara siapakah semua ini ? salahkah aku menegurmu untuk kebahagiaan kita ? mengapa kau tegar menyakitiku lagi ? adakah peluang yang kau minta selama ini merupakan satu tiket untuk kau membalas kesetiaanku ? jika kau hadir ke dalam hidupku . . . hanya sebagai satu sandiwara dusta , aku mohon . lepaskan lah aku . kau telah berjaya menikam hatiku . merobek jantungku . aku sedar . aku cuma satu persinggahan buatmu . jika ku hadir untuk disakiti , biarlah ku pergi jauh dari sisimu .


jika benar sayang itu tetap ada , kau tak mungkin tegar memperlakukanku sedemikian rupa . aku sudah terlalu sakit . peluang yang kau minta telah kau sia-siakan . sedangkan aku begitu tulus menyayangi dirimu . namun kau tidak berhenti menyakitiku . apa salahku terhadap dirimu ? hurmmm . . . sekiranya teguranku menjadi salahku , aku redha . namun sekiranya kau masih tidak dapat melupakannya , kau pergilah kepadanya . kerana bagiku . tak mungkin ada kasih sekiranya kau masih memikirkannya . sedangkan lidah lagi tergigit . apatah lagi kita . selagi aku di hadapanmu , selagi aku ada di sampingmu , selagi itulah kau akan terlupa siapa sebenarnya aku bagi dirimu .


akhir kata , walau apa yang bakal terjadi . aku tidak berdendam . aku sentiasa mendoakan kau berbahagia di sampingnya . jaga dirimu sayang .




sirhanmasrudin

dari fiza

hargai seseorg yang kite syg sementara die ade depan mate kite..jgn terkejar2 tuk mencari bile die da tiada di dpn mate kite..bile tengah serabut sume boleh jadi...pape pun aq tetap sygkan ko ila... muah3x.. <3 <3 <3 sabar n tabah lah menghadapi segala dugaan yang mendtg... berfikir lah menggunakan akal yg waras.. ingat lah terlajak perahu blh diundur terlajak kate ... pk2 kan lah..ahakz! lap u la syg

Sunday 25 March 2012

jodoh itu rahsia ilahi ♥

oke ! hari nih post aku berkisar tentang jodoh ! tetiba jekk aku nak post menda yang agak matang nih . ta tau nape . . . maybe sebab pepagi buta tadi member ngokngek aku yang tersayang call aku sebab keliru sal boyish die . cyap tanye pendapat aku tentang jodoh ! haha ! aku idak lhaa nak cakap aku neii matang ke hape . tapi jodoh bagi pendapat aku , agak kompleks lhaa . laen orang laen care . laen pegangan . kan kan kan ? ! 


♥wanita,jangan terlalu menggilai seseorang yang belum tentumenjadi hakmu yang sah
konteks jodoh neii meme agak susah lhaa nak tafsir ! sape kite nak tau sape jodoh kite kan ? kite tade doraemon macam nobita ade tu . kalau ade mesti semua dah tau mase depan kite . berapa anak kita . bile ajal kite . kan ? tipu lhaa kalau ade kemudahan macam tuhh kome pakat ta nak gune ! haha ! sebab kalau ade kemudahan macam tuhh , aku nak gune . nak tau berapa ramai cicit aku . bhahaha . ramai orang bercakap JODOH ITU RAHSIA ALLAH . . . tapi kome paham ke ape sebenarnye yang di sampaikan ? aku pon ta bape nak paham sanadd . tapi ikot ape yang aku paham lhaa kan , tak ade sape tau dengan sape jodohnye sampai lhaa saat jodohnye sampai . hehe . ye lhaa . kalau ade orang tau sebelum masenye , mesti kome akan cari dorang kan ? sanggup berpindah ke negara laen semata nak dekat ngan jodoh sebenar kita . haha . jangan tipu . . . hal nihh member aku dah ngaku sendiri . bukan satu . bukan dua . tapi tiga empat lima puloh orang suda akuinye . 


tapi jangan lhaa pulak kite tak sedar . jangan terlalu leka dengan menumpukan kepada hal jodoh akan datang . sebab hidup kite neii ade life path nyer . kome tau tak life path tuhh ape ? alaa . cam life cycle tuhh lhaa . KADANG DI ATAS KADANG DI BAWAH . haa . tuhh contoh perumpamaan aku .haha . sape antara kome semua yang langsung tak pernah berkapel kerana menantikan jodoh daripada ALLAH ? tanpe berkapel n mampu melawan gelodak duniawi ? . . . aku percaye tak ramai yang mampu buadd macam tuhh . at least mesti akan ade orang yang korang syiokk diam_2 kan . kalau syiokk kerana agama , ALHAMDULILLAH ♥ ♥ ♥ aku doakan kome berbahagia . . .


tapi how jekk bagi orang yang masih menunggu jodohnya ? selami hati sendiri . tanya jiwa . siapakah kamu ? gerangan apekah kamu ? kerana telah tertulis sejak azali . . . WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK MANAKALA LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK . . . jadi kalau kamu dari kalangan yang sebaliknya , berubah lhaa agar mendapat yang lebih baik untuk keturunanmu ♥ hurmm . . .tapi yang sedia ade <mencari sendiri> jangan pulak kome bace post nihh terus mintak clash ngan buah hati kome yekk . aku tak mengajar kome putus hubungan . tak terlintas pun . sebab bagi aku , orang yang berada di sisi kita sekarang telah di tuliskan 2 fungsi untuk kita . 
               ♥ samaada die meme jodoh kita
               ♥ die di utus untuk menyedarkan kita hakikat sebenar kehidupan


♥luahan kami sebagai wanita♥
hurmm . . . secara logik , kita bercinta dengan 1 matlamat kan ? nak hidup bersama ? . . . betul tak ? tapi matlamat yang murni tuhh tak ramai pasangan kekasih masa kini mampu menggenggamnya . kebiasaannya . wanita yang setia akan bertemu lelaki yang kurang setia manakala lelaki yang mencintai seorang wanita sepenuh hati hanya bakal di jadikan pak turut je . betul tak ? tuhh lhaa fenomena sekarang nihh ! jadi untuk sentiasa tenang dalam menghadapi soal hati dan perasaan <jodoh> hendaklah kita sentiasa redha dan tabah dalam menghadapi setiap onak ranjau kehidupan bercinta . ehh ! aku nak share jugak 1 doa yang kawan aku ajar dulu :
YA RABB , SEKIRANYA DIA MERUPAKAN JODOHKU , KAU DEKATKANLAH HATI KAMI DALAM JIHAD AGAMAMU . NAMUN KIRANYA DIA BUKAN DICIPTAKAN UNTUKKU , KAU JAUHKANLAH HATI KAMI . SESUNGGUHNYA KAU TEMPATKU MEMINTA . KAU JUGALAH YANG MAHA MEMAHAMI KEPERLUAN HAMBAMU :


owh ye ! korang mesti ade yang punye kan sekarang neii ? aku cuma mampu berpesan , jagalah pasanganmu sepertimana kau menjaga sesuatu yang kau sangat hargai . sebab kalau di takdirkan dia adalah jodoh mu , kau akan sentiasa tersenyum bahagia . namun kalau di takdirkan kau bersama yang lain , tak ade lah kes berduka lara sangat . berdendam bagai . haha ! bagi aku , kalau kome pandai jage jodoh kome mase nihh , insyallah . . . panjang lhaa jodoh kamu dengan si dia . sekiranya tak ,contohnye asyik nak bertekak je ke . . . saling curang mencurang ke . . . lepaskan lah die mencari kebahagiaannya sendiri . sebab mesti kome tak nak tambah list dose kome membenci seseorang yang pernah kamu sayangi kan ? haha !


akhir kata , aku nihh bukan lhaa manusia yang terbaik cakap bab jodoh nih . tapi post nihh lebih kurang tok kawan_2 aku lhaa .aku just share pendapat aku jek . and kome patut tau . . . kalau hati kome dah ade pemilik , dah ade yang menghuni . . . jangan lah kome mencari penghuni yang laen melainkan penghuni baru lebih baek berbanding sebelumnya . sebab , hati yang mencintai seseorang sepenuhnya tidak akan membenarkan hatinya di usik oleh orang laen walau apepun yang berlaku . kerana , hatimu telah dihuni olehnya ♥ ♥ ♥ 



♥♥♥ hatikudahadepenghunibuatmasenih::sirhanmasrudin:akuharapdieakankekalmenghunihatikusehinggaakhirwaktu♥♥♥

Saturday 24 March 2012

sirhan ! meh bace nih !

dear love ,
 . . . aku meme tak pandai nak habaq mai omputeh nih . maap lhaa yer . meh kite berbicare dalam bahasa ibunda . bahase melayu . hehe . tapi melayu mix lhaa ngan loghat_2 serta slang_2 merepek aku nihh . haha . love , bukan aku tak sayang . . . aku sayang . sanadd sayang . tapi kalau kau tetap mengharapkan sayang aku tanpe memberikan kasih sayang kau kat aku tak guna juga . sumpah aku terlalu mengharapkan kasih sayang kau . kau nak cakap aku nih macam penagih ke hape ke cakap jea love . yang penting aku tau how jekk hati dan perasaan aku kat die . love , kalau lhaa die taw pasaan sebenar aku kat die kan best ? yang aku sangat memerlukan kehadiran die di sisiku . walaupun kami jauh , aku amat berharap die memperuntukkan sedikit masanya untukku . yee . aku taw love ! love memerlukan pengorbanan . tapi kalau aku je yang berkorban ape de hal ? wtf lhaa kan ? korban aer mate . korban jiwa raga . korban harta menda tuhh tak lagi lhaa . haha !

dear love ,
. . . aku nihh mungkin bukan wanita pilihan . bukan jugak gadis idaman . namun aku mengharapkan kau memilih aku menjadi suri hidupmu . begitu tak malunya aku kan love ? haha ! tapi tuhh lhaa kan . demi kasih . ego tolak tepi . kalau kau nak tau love . . . aku sayangkan die bukan kerana hartanya . bukan jugak keranan rupanya . tapi sumpah aku cintakan dirinya seadanya dia . aku merinduinya seperti mana aku merindui bantal busukku . haha ! hampeh gyler ayat aku kan love? tapi tuhh lhaa . aku meme ikhlas terhadap dirinya . biar badai menentang arus , aku tetap sayangkan die . sangat istimewa tempatnya di hatiku . haha ! jiwang lhaa plak . aku jarang jiwang taw love ! ngan kau saje . tuhh pun tyme bercerita pasai die . berbunga hati nokk !

hey love !
. . . percaye tak kau ? setiap kali die membuat 1 kesilapan , aku yang akan gabra ! eh ! ape yekk silap aku sampai die melayan aku camnihh sekali ? ape salah aku buadd sampaikan tindakan die di luar jangkaan ? tapi . . . aku tau tuhh salah aku . aku akan salahkan diri aku balik . sebab , kalau aku pandai jage die . die takkan melayan aku pelik_2 . aku redha . percaya x ? haha ! tapi tuhh lhaa aku . aku sanggup jumpe die walau jao . ponteng kelas . pakai duit belanja aku p beli tiket . haha ! bodoh tak ? tapi dengan kebodohan tuhh jugak lhaa hubungan kami masih terselamat . walau banyak yang menentang <ex>

love . . . 
 . . . aku dah penat berceloteh lhaa . aku tau menda nihh merepek . tapi tau lhaa kau love ! kalau die bace post aku nihh . aku nak die tau yang die terlalu penting bagi aku . aku sayang die sanadd_2 . aku minta maaf sebab buat perangai . haha ! tapi cintaku padanya takkan melebihi cintaku pada ibubapaku serta penciptaku . love . . . aku cuma nak die tau aku ikhlas terhadapnya . hatiku menanti hatinya . semoga ALLAH memanjangkan jodoh kami . INSYAALLAH .

merepek punye post !

salam kat korang_2 sumer tuhh ! baek stalker , haters , lovers and so on lhaa . haha ! dah lame rasenyer ta update . malas n malas bergabung sampai diri nihh jadi terlalu malas . hadeyyy ! xtwali aku nihh meme pemalas . haha . tambah_2 da nak final nih . bertambah malas laa aku yang sememangnya pemalas nih . haha ! oke lhaa . rindu rasenyer nak mencarut , memaki hamun dalam belogg nih . walaupun aku sebenarnye tak suke memaki hamun orang nihh , yea ... aku an pendiam dan pemalu . ayat2 kasar nihh meme aku tak reti lhaa . haha . sape kenal aku taw lhaa aku macam ner. 

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~


hurm . . . aku pon tarak tau nak update ape sebenarnye . tadi manyak sanadd idea , tetibe jek idea tuhh hilang di tiup angen . hadeyy . idea . idea . comes to mama ! haha . korang nak taw ta ? ramai yang cakap aku nihh kuat cakap . ye ke ? aku rase tak . sampai family aku cakap pon aku ta nak caye . member cakap lagi lhaa ta nak caye . sampai bile SUGARHUBBY : MUNCHEDD aku sendiri cakap => yunx , i tengah drive . boleh berenti cakap sekejap tak ? bercakap jek kerjanye ! haha . ta penah die tegur aku camtuh . maybe betul lhaa tuh aku nihh kwat bercakap . haha. meriah !


 ~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~


sebenarnye aku bukan nak bercakap pasal aku nihh kwat membebel ke ape ke . . . aku cume nak sampaikan samtin jekk kat seseorang yang aku sanadd sayang - my stalker ! haha ! apekehenyer jang ? kome nihh da xda kje ke ha ? mengacau hidup orang meme power deh ! mengganggu ketenteraman awam betol ler ! kalau tak kacau aku , ape yang kome sume wat yekk tyme mase lapang ? aku pon ta paam kenape kome dok ngacau aku ! sumpah aku ta paam ! aku kacau kome ke ? kenai pon idak . tapi cume 1 persamaan jek antare kome_2 semue ! kome ex-gulahati aku ! EX oke ! ! ke kome jeles ngan aku ? sebab kome tak dapat ape yang aku dapat ? tuhh lhaa ape yang aku dapat agak n mak aku dapat target . sungguh ! aku tak sangke sampai camnihh kome wat kat hubungan kami . kalau lhaa betul kome sayang SUGARHUBBY MUNCHEDD aku tuhh , kenape kome tak boleh tengok kami happy ? nak kami gadoh saje ? aishhh ! yang aku plak silap ! senang sanadd caye cakap orang yang aku kenal pon tak . hurmm . . . tapi ntah lhaa . yang aku taw aku sayang sanadd kat SUGARHUBBY aku tuhh . :) .


 ~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~


kalau lhaa SUGARHUBBY MUNCHEDD aku bace post nihh an . kalau lhaa . aku nak dy taw aku sayang sanadd kat dy .salah aku sebab tak cayekan die . i mintakk maaf taw munchedd saye . hehe ! 



Tuesday 13 March 2012

C.I.N.T.A. bukan hanya S.A.Y.A.N.G.

APA SEBENARNYA CINTA.. ?

Adakah tapak tanganmu
berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan
suaramu tersekat di
dada?

 Itu bukan CINTA, itu SUKA.

Adakah awak
tidak dapat melepaskan
pandangan mata
daripadanya?
 
Itu bukan CINTA, itu NAFSU.
Adakah awak tetap
mengatakan awak
menyintainya kerana
awak tidak ingin melukai
hatinya? 

Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN.

Adakah awak menjadi
miliknya kerana
pandangan matanya
membuat hatimu
melompat?

 Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.
Adakah awak tetap
bertahan kerana
campuran antara
kesakitan dan
kegembiraan yang
membutakan dan tak
terfahami.. Menarikmu
mendekati dan tetap
bersamanya?

 ITULAH CINTA.


Apakah kamu
menerima kesalahannya
kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan
hancur ketika dia
bersedih? 

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira
ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat
hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam sehingga
menusuk? 

Yang demikian itulah namanya CINTA...


kita perlu saling melindungi untuk terus bersama !
Dia tak tahu betapa kita sayang...
Dia tak tahu betapa kita rindu...

Dia tak tahu betapa kita terluka namun tetap tersenyum melihatnya...
Dia tak tahu betapa kita bersedih kerana sikapnya mengabaikan diri kita...
Dia tak tahu betapa kita harus berpura sudah melupakannya...
dan dia tak tahu bahawa kita sebenarnya masih setia padanya..
dan dia juga tak tahu bagaimana kita menangis kerananya
mungkin ada baiknya Dia tak tahu....
kerana seandainya dia tahu dia pasti terluka
dan kita tak mahu dia terluka kerana kita kasihkannya kerana Allah s.w.t dan 

biar kita dan Allah s.w.t sahaja yg tahu...♥ ♥ ♥ ♥


awak :)
kalau satu hari nanti saya dah tiada di sisi awak . . .
bukan bermakna awak tak layak untuk saya . . .
tapi saya yang tak layak untuk awak ! !
saya sentiasa doakan awak bahagia . . .
walaupun saya terluka kerana awak . . .
saya redha =>tu dah takdir saya . . .
saya sayang awak :)

jangan terlebih!

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan...

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

merokok kan baguss . . . ♥ ♥ ♥



1) merokok boleh mengurangkan sifat kedekut
kebanyakkan perokok adalah seorang yang tidak kedekut dan sering menolong orang yang dalam kesusahan. contohnya, seorang perokok mudah meminjamkan lighternya kepada sesiapa sahaja walaupun orang tidak dikenali. perokok juga mempunyai hati yang tulus dengan memberikan rokok mereka kepada orang yang memerlukannya.

2)merokok boleh menghilangkan stress
perokok biasanya menghilangkan stress mereka dengan menghisap rokok. tidak seperti non-smoker yang yang selalunya pergi shopping untuk menghilangkan stress. dengan ini, sifat membazir masadapat dikurangkan.

3)perokok tidak menyusahkan orang lain ketika stress
non-smoker biasanya meraih simpati daripada orang lain untuk menghilangkan stress meraka. dengan ini, perokok tidak membazirkan masa orang lain dan tidak suka tagih simpati.
4)Menambahkan pendapatan negara
jika semua orang tidak merokok, pendapatan negara akan merosot teruk dan gaji para pajawat awam tentu sekali akan menurun. so, perokok adalah aset penting dalam sesebuah negara.
5)merokok dapat menambahkan kenalan
biasanya seseorang yang merokok lebih mesra daripada orang yang tidak merokok. dengan ini, kita dapat menambahkan kenalan tidak kira bangsa dan warna kulit.
6) merokok boleh mengurangkan kepadatan penduduk
perokok biasasnya mempunyai lifetime yang kurang dari non-smoker. dengan ini, kepadatan penduduk dapat dikurangkan.
7)menambahkan pendapatan doktor
dengan merokok, kita dapat menambahkan pendapatan seorang doktor kerana perokok mudah dijangkiti penyakit kronik seperti stroke dan lain2. kos rawatan agak tinggi dan macam biasa, perokok memang suka sedekah sebahagian duit mereka kepada hospital. jika mati perokok juga boleh mendermakan sebahagian organ mereka kepada yang memerlukan
8)mengurangkan pencemaran bahan kimia
semua orang tahu bahawa sebatang rokok mengandungi lebih 7000 bahan kimia. pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurang dengan merokok

hidung lhaa plak . .


Rahsia Personaliti anda melalui dengan melihat hidung? Kebenarannya? hahaha! korang try sendiri la, kalau kena setepek tepat kat hidung, betul la tuh.
Hidung agak besar
-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak pemalas.
Hidung agak besar dan bulat
-mencerminkan dia seseorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.
Hidung agak besar bagian bawah
-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik2 sahaja.
Hidung agak besar tapi mancung
-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.
Hidung agak besar tapi penyek
-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.
Hidung agak kecil
-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.
Hidung agak sederhana
-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.
Hidung agak mancung agak runcing
-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.
Hidung dengan lubang hidung agak lebar
-mencerminkan dia seorang yang suka menginginkan milik orang lain.
Hidung dengan lubang hidung agak kecil
-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

Monday 12 March 2012

kerana . . .

kenapa kau masih sayangkan dia ?
sedangkan hati kau selalu di sakiti . . .


kenapa kau masih mencari dia ?
sedangkan dia tidak kisah untuk berlalu pergi . . .


kenapa kau masih menanti dia ?
sedangkan dia tidak pernah menyuruh kau terus menunggu . . .


kenapa kau masih memerlukan dia ?
sedangkan dia tidak lagi memerlukan dirimu . . .


kenapa kau masih cintakan dia ?
sedangkan dia telah melumatkan cintamu . . .


kenapa kau masih merindukan dia ?
sedangkan dia sedang berbahagia di atas penderitaanmu . . .


kenapa kau perlu menangis di hadapannya ?
sedangkan dia hanya memandangmu tanpa sesalan . . .


kenapa kau masih mendambakan kehadirannya ?
sedangkan dia mungkin tidak kembali ke sisimu . . .


kenapa ? kenapa ? kenapa ?


kenapa aku masih sayangkan dia ?
kerana sayang bagiku tidak bergalang . . . tidak berganti !
sekali aku dah sayang . . . selamanya akan mekar di hati .


kenapa aku masih mencari dia ?
kerana bagiku . . . dia adalah terjemahan diriku .
separuh dari jasadku . . . apa yang ku lihat pada dirinya . . .
adalah cermin dunia hidupku . . .


kenapa aku masih menanti dirinya ?
kerana dirinya ada sesuatu yang tak mungkin kau akan percaya !
yang tak dapat aku ungkapkan dengan jutaan kata . . .


kenapa aku masih lagi memerlukan dia ?
kerana dia yang telah banyak mengajarku erti rasa . . .
marah . . . merana . . . kecewa . . . malah gembira . . .
kerana dia jugalah aku belajar erti sebuah kehidupan . . .


kenapa aku masih lagi cintakan dia ?
kerana aku bukan hanya cintakan luarannya . . .
malah aku terlalu mencintai pekertinya . . .
walau tidak terlalu sempurna . . .
dia tetap yang aku cintai . . .
cintaku bukan dapat tertahan . . . malah aku akan kerap membajainya !


kenapa kau masih merindukannya ?
kerana dia adalah belahan rinduku . . .
dia yang merapatkanku kepada  penciptaku . . .
dia yang mengajarku erti tabah . . .


kenapa aku menangis di hadapannya ?
aku menangis bukan kerana terluka kerana sikapnya . . .
tapi aku menangis kerana aku telah mengabaikan dirinya . . .
sehingga dia membuatku menangis kekesalan !


 kenapa kau masih mendambakan dirinya ?
kerana aku berpegang kepada janji . . .
aku tak mungkin akan melepaskannya . . .
melainkan dia yang melepaskan diriku . . .
kerana aku tidak sempurna mana untuk melepaskan dirinya . . .


aku tetap akan menanti dirinya . . .
kerana aku utuh dengan takdirku !
aku akan melepaskannya . . .
sekiranya dia memang milikku . . .
dia akan tetap kembali kepadaku . . .
walau sudah bertahun terpisah !
tapi aku tidak dapat berjanji akan selalu menjadi miliknya . . .
manalah tau . . . aku akan menemui sang penciptaku dahulu sebelumnya . . .
atau aku bakal menjadi milikmu . . .




kalau cinta itu membutakan mata . . .
jangan lah kau membutakan hatimu . . .
jika cinta itu indah . . .
jangan lah kau taburi benih nista . . .
sesungguhnya . . .
jodoh tetap ada !