::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Wednesday 30 May 2012

18 sebab jin merasuk manusia



WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Tuesday 29 May 2012

HATI SEORANG WANITA

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin 
bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

‎30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.....:)

Monday 21 May 2012

suatu hari nanti

SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk aku seperti aku menangis untuk kau,
SATU HARI nanti kau akan MERINDUI aku seperti aku merindui kau,
SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN aku seperti aku memerlukan kau,
SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI aku TAPI aku tak mungkin mencintai lagi ♥

peringatan buat aku :(

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. 

اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. 

اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.

اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.

اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

Monday 14 May 2012

karma ~

aku rasa dah sampai masanya tuk karma membalas ape jekk yang aku pernah buadd dulu . takku sangka ini akhirnya . aku ingat kalau aku setia , dia akan hargai aku . namun tetap sia-sia . everythings is nonsen ! ! haprakk saja ! urghhh . aku sakitt ! sakitt taw x ! penat !


sirhan ! kenapa jea kau tipu aku kan ? padahal aku neii sayang gyler babz kat kau . kau pun tau hakikat tuhh ! aku boleh terima yang kau menduakan aku . ehh silap ! membelas kan aku dalam satu masa , tapi mane pulakk datangnyer perempuan name echa tuhh ? dulu kau cakap kau kawan sahaja . now kau cakap takk tau status dengan dia . ape cer sayang oiii ? ! jangan maen-maen laaa . penat tau x ! ! ! echa cakap dy dah kapel dengan kau ujung 2010 . tyme tuhh kau ngan ikin , su ngan siti lagikk . yeee . meme kite kapel tyme tuhh , n pts sekejap sebab aku . tapi kenapa kau tak berterus terang dengan aku jekk ? walau kau dah kantoi , kau tetap nak membuktikan yang aku salah . amer ! go0d job ! jadi laa balaci sirhan tuhh yekk . sesungguhnya kau la dalang semua nihh ! aku jumpa kau , kau buadd muka takk bersalah n takk tau pape . kau sorok echa dari aku . now kau sorok aku dari echa . KAU DA KENAPA ! ! ! echa pun same . beria cakap aku menipu die . ehh lampi oiii ! dari mane laaa kau keluar kan ? aku jumpe sirhan kot ari tuhh . aku call pun pkai number die . means aku meme jumpe la no0kkk ! da kau asal mengong sanadd tah ! die tuhh ade 3 f0n . aku tau ! number yang die sms kau tuhh takk same ngan number yang dy sms aku . that y laa aku nakk num tuhh ! yang kau asal susah sanadd nak bagi tahhh ? ! dala kau game aku ! shiakkk ! ! ! aku kenal sanadd lhaa sirhan tuhh sayang oiii ! walau kau lebih dekat dengan die , aku lebih kenal die . yang aku tak paham , kau kapel lame . tapi satu pun tentang die kau takk tahu . aishhh ! takk faham aku .


aku bukan nakk cakap ape beb ! aku rela kalau paan nakk kau . tapi aku nakk penjelasan . kenapa dia pilih aku t0k di permainkan ? ape masalah dia tah . kau pun sama ! cuai ! kau dekat . selalu sms dia . tapi kenapa kau boleh takk tau tentang keluarga dia yekk ? takk pernah jumpa . kau takk tau tyme die sedih , tyme die perlukan kau . tapi aku ? aku dahh jumpa keluarga dia pun . kalau dia menangis , die sentiasa dengan aku . aku keliru ! ! ! kenapa semua jadikk macam nihh ? bukan senang aku nakk sayangkan seseorang . sekali dah sayang aku sanggup buadd ape jekk . mungkin jugakk melepaskan sirhan . tapi . . . . sumpah aku ikhlas sayangkan dia . terlalu sayangkan dia .


echa . . . siti aisyah . nama isteri rasulullah . penyejuk mata , pendamai hati . . . . tapi kenapa nama takk seiring dengan behaviour kau yekk ? kenapa kau tipu aku ? kenapa kau kerek . dengan aku kau cakap laen . dengan sirhan kau cakap laen . kau ada masalah yeee ? kau plan nak serang dia . dah aku bagi plan baekk , kau nakk jugakk aku ikut plan ntah hapehape tahh kau tuhh . aishhh ! ! aku nak kau kant0ikan die depan kita 2 , kenapa kau macam nak tanggung sorang ? macam kau terlayak . . . antara kita aku lagi layak dengan dia . tapi aku takk nak berebut . kalau dia sayang kau , kenapa ada aku ? kalau sayang aku , kenapa ada wanita laen tahh ? haaaa . . . jawab !


karma ! tuhh ayat selayaknya untukk aku . sebab mampu bergembira di atas kedukaan orang laen . walau sekejap . aku dah agak , hari nihh akan tiba . tapi selayaknya kau tahu , kau yang memilih aku . kenapa aku yang terpaksa menerima padah nihh ? <takk puas hati>


aku tau aku takk secantikk echaa . . . hurmmm. . .  tapi . . . aku sayangg gylerr kat kau !

Monday 7 May 2012

be aware ! menda nihh meme jadikk kat aku :(

contoh2 ayat or perkara org yg anda syg akn tglkn anda....

1-slalu marah2-i rimas la...(bkn sbb period...tp bersedia utk menghadapinya...)
2-dh jarang msg..jwp kol...(mulalah sesi mncari calon..)
3-i nk tdo ni...(sblm ni xpnh plak tdo awal...)
4-anda makin kurang bermesra dgn dia..(tnda2 pertama...next!!!)
5-dia mula bg alasan mcm2...(tudiaaaa!! mcm hin....)
6-dia dh mula utk menipu...(mgkn anda org yg malang...)
7-dia lbh suka lyn org lain dr balaknya...(mgkn org lain tu akn jd balak brnya...)
8-10 msg yg d beri..hnya satu je yg d balas..."sori...."(bkn sbb dia bz..tp dia mulakn lngkah utk lari...)
9-apa yg berlaku kt anda dia xpnh amik tau....(mgkin kita terlalu sygkn dia...)
10-dia dh pndai berahsia...(hnya tuhan je yg tau...)

p/s- ambil ikhtibar apa yg berlaku...sntiasa bersedia.. :(