::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Saturday 31 March 2012

~merepek~haha~

cinta bukan satu permainan . bukan juga suatu persinggahan . hati yang terluka tidak mudah untuk di ubati . hati yang setia mencintai bukan mudah untuk di cari dan di jual beli . namun mengapa hati yang sedia untuk memberikan cinta sering di sakiti dan di khianati ? jika benar cinta , mengapa sakit yang kau rasakan ? jika benar benci , mengapa bahagia yang kau alami ? hurmm . tanpa kau sedari . . . itulah sebenarnya cinta . jika bahagia tanpa derita yang kau rasakan , itu hanyalah suka semata . suka tidak semestinya cinta tapi cinta keseluruhannya suka . saat kau menyukai , kau sentiasa ingin merenung ke dalam matanya . saat kau menyukai , kau sentiasa malu-malu bila berhadapan dengannya . namun , jika kau benar mencintai , kau tidak akan melihat ke dalam matanya sahaja . kau akan melihat terus ke dasar hatinya . jika benar kau jatuh hati , kau akan menjadi dirimu yang sebenar di hadapannya . kerana cinta sejati bukan sesuatu yang mampu kau palsukan . ianya lahir tulus dari hati yang murni . suci dan sejati . 


kalau kau suka , kau tegar mengkhianati . kalau kau cinta kau akan setia walau disakiti . kalau kau suka kau akan bersamanya susah dan senang . namun sekiranya kau cinta , kau akan berdamping dengannya ke akhir hayat . sekiranya kau suka , kau turut menangis bersamanya ketika dia kesedihan . kiranya kau cinta , kau akan mencari jalan agar dia tertawa ketika kesedihan . andainya kau suka , kau akan tertawa melihat kegembiraannya . andainya kau mencintainya , kau akan sentiasa khuatir senyumannya akan hilang . kalau kau cinta kerana suka , ianya susah untuk terus kekal . kerana , suka sesuatu kerana bersebab . jika hilang sebabnya , pudarlah rasa sayang . namun jika kau menyukai kerana mencintainya . insyaallah . perasaan yang tulus akan selalu di bajai dengan kasih sayang walaupun badai melanda ceritera cintamu di masa itu . kau akan tetap berdiri teguh , setia di sisinya walau apa yang berlaku . itulah keajaiban cinta . cinta sejati tidak akan hilang walau masa berjalan seiringan denganmu . tanpa kau sedari , kau akan setia menantinya walaupun dia berubah tingkah . kerana bagimu , sekiranya dia untukmu , dia akan kembali kepadamu dan menyembuhkan luka yang di hadiahkan dahulu . 


sirhanmasrudin

No comments:

Post a Comment