::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Wednesday 23 November 2011

saya seorang pendengki [ !!! ]

yeahh !! 
saya neii dengki lhaa kat seseorang tuhh !!
seseorang tuhh kan . . . 
dyer kan . . . 
dyer kan . . . 
buat saya dengki sanadd dengan hidup dyer . . .
dyer da puas menyakitkan hati saya . . .
da puas kan . . .
dia pun blah je . . .
teruskan hidup bahagia dyer . . .
tak fikir ke saya punya perasaan ye ? ? ?
tak fikir ke ye ? ? ?
saya sakit hati tau ! ! !
tapi saya tak salahkan awak taw ! ! !
dah nasib saya macam ni . . .
puas awak maenkan saya . . .
awak pon berlalu pergi . . .
pergi jauh-jauh . . .
nyorok lhaa dalam lubang cacing tuhh ! ! !
tapi saya tetap nampak awak . . .
sebab awak besar . . .
dan sedang nyorok dengan  . . .
patung dinasor hijau saya . . .
pulangkan lhaa . . .
awak kan dah ada . . .
patung smurf . . .
saya nak smurf awak tuhh lhaa . . .
kita tukar saje lhaa . . . 
nak ? ? ?
alaaaa . . . 
saya dengki neii kat awakk ! ! !
dengki neii . . . 
nak smurf jugakkk ! ! !







Tuesday 22 November 2011

lelaki lagi?...


1.Lelaki Tidak Detail Dalam Percakapan
Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya..
‘macam mana boleh putus awak…?’ cik abg akan jawab…
‘..dah nak putus nak buat macam mana…’
Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm perempuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan…sampai jam 3 pagi..
Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.

3.Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta
Contoh Kes : Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kereta…tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??
Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dengan demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duit utk benda2 tu.

4.Lelaki Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.
Contoh kes : Dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!
Alasan : Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran…itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perot…

5.Lelaki Tidak Bergosip
Contoh Kes : Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp:
‘eh betul ke ni..?’cik abg dgn pantas memotong
‘pegi makan jom!dah lapar nie…’
Alasan : Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ.
Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,
‘eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau…’
Alasan : Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jersey dan apa2 saja!
Contoh kes : ‘Borinngg..!’katanya si cik awek….
sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera… semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skirt)- Asalkan Bukan Kekasihnya.
Contoh kes : Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula…
‘I tak suka ahh!! tukar lain…macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..’
Bengang kan cik2 awek sume…?
Alasan : Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain

so...konklusinyer...cik awex kena banyak lhaa bersabar yekk melayan karenah nihh...

Sunday 13 November 2011

salah tengokk jadual final exam lhaa...aku neii cuai sanadd!!!

tengok dari tajukk post p0n da taw yang aku neii cuai...nope!!!bukan cuai!just xready jekk!!!adodeiii...ingatkan__[DISCREATE MATHEMATICS]__dulu minggu neii..rupanyer...

____________[PROGRAMMING FUNDAMENTALS]_______________

adoiii....meme sakit lahh aku membace...penat jekk study math ( konon lhaa )...rupenyer subjekk laen!!!

korang nak taw tak subjekk neii lhaa yang aku suke sanadd!!!~~
serius aku ta tipu!!!betul neii...ramai yang penen ngan subjekk neii tapi aku plak suke...[suke lhaa sebab assignment ta penahh buat sendiri]...hahhhaa...asal puan bagi lab exercise jekk...aku terus berbaikk ngan mememberr aku neii...saling tolong menolong kan baguss!!GOOD kate 0mputeyy!!!ahahhhaa....lab aku copy paste jekk kje dorang...time test lakk..aku bg lerr jawapan aku sebagai tande trimas kat dorang...baekk ta aku neii??...hahhhaa....dorang pown baekk gyler kat aku neii...memahami masalahh aku jugakk...yelahh!!!laptop aku yang berharga jutaan rupiahh neii xdapat nak compile lhaa pulakk...banyakk sanadd DEBUG kot??!!! hahhhaa...nampak sanadd kemahiran aku bab men_DEBUGGING nihh!!!tengokk jea tyme presentation ari tuhh aku wat tajukk C-ASSERT.H ( DEBUG)...maybe jugakk sebab yang same lhaa akai aku p0n kene virus menDEBUG nihhh!!!hahahhahaa...
aku macam jatohh hati pulakk kat subjekk nihh!!!serius lhaa weyhh!!!best gylerr...lagi-lagi tyme program yang aku buadd ta jadikk kan??ta bolehh nak compile lhaa...ta bolehh na bace lhaa...hahhhaa...wa cakap lu...meme bestt siakkk!!!tyme nihh la segala perasaan bahagia bercampur baur...sampaikan kekadang aku trase nak menangess sambil guling-guling ala SHIN CHAN...kat dalam LAB tuhh!!!kekadang bilerr program aku menjadikk...perghhh...kembang badan aku nokk!!!dala meme badan aku da sedia kembang, bertambahh buff sebabb bangge sanadd la kononnyer!!!wawawa...ta bolehh blahh kan??...
subjekk nihh jugakk lhaa betoi menguji aku punye kepekaan..[bukan KEPEKAKKAN]..yekkk!!...tinggal 1 titikk jekk da bolehh meranapkan 1 programm...waaa....best-kan??...sebenarnye aku bukan nakk sanadd kos neii...tapi da takdir gamaknyer...mane jekk aku mintakk mesti dapat mender yang same jekk!!!sampaikan aku naekk herann...so...redha jekk lhaa...sebab...setiap mende ade sebabnye kan kan kan??!!.....
tapi syukur jugakk lhaa...sebab!!!~I'M IN LOVE WITH THIS SUBJECT~

please dont cry!!!


Love changes too easily…

in our greed for each other...

only painful scars remain…

gotta let you go.....( and please don’t cry ).....

Someone like me really isn’t good for you…

I can’t keep hold of my foolish heart...

I just made you hurt .....( and please don’t cry ).....

Is this where we end?...

when the world let’s us...

only until that time…

it’s ok baby please don’t cry…

our long journey has ended…

but we’ll run into each other someday…

we’ll definitely meet in the next world!!!

Everyday we grew apart and argued…

at that time anything could make us angry…

I cried every night .....(baby I cried ).....

A person like you was indifferent to me…

I’d stay up till dawn..alone,in the same place all night…..( baby I cried ).....

sometimes when the tears come to find me…

I’ll remember how beautiful we were…

don’t hurt anymore,please…..( please don’t cry ).....

please dont cry anymore!!!


hubungan terputus??...kenape yekkk


1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

final ke finish??adeiii...

hurm...1 days countdown to final...ape pun ta bolehh!!!macam2 aku fikirkan...urghhh!!!sarat kepala aku neii ngan problem yang mendatang...aku carikk sendiri pon ade...yang tibe2 datang p0n ade!!!seminggu siakk aku ta online...selame seminggu tuhh jugakk lha aku ta tao perkembangan semasa dalam dan luar kelas.nak SMS... rugi...baekk jimat kredit jea kan dari SMS...( kedekk sebenarnye )...so...sesampainyer aku di bilikku yang indahhh...tersanadd indahh lagi nyaman...aku p0n terus lhaa onlinee...[dengan harapan markah chanteekkk]...sambil menjeling buku ngan paper yang bertimbunn neii....sobbsobb!!!

nihh baru c.o...belum lagikk math!!!adeiii~


buku o0oo buku...kau di depan mate...tapi kenapa aku blur jekk menatapmu oh buku??!!...hilang m00d study aku lepas ape yang da jadi seminggu nihh...malang jekk!!!adeiii....dala markah aku ader yang agak 'DROWN' ...tapi still wat pandai cam terer sanadd jea subjek tuhh an??...parents aku??...usah cakap lhaa...malas nak tegur da..lgpun dorang taw aku nihh ta suke sanadd bace buku neii...nanti ape yang aku hafal ta same ngan yang kawan aku hafal...aku p0n ta paam masalah aku neii...hahahhha

subjek pertama exam ___coMPutEr OrGanisAtIon___ adeii!!!dala aku terlebeyy terer subjek nihh.1 sem blaja p0n aku ta tau ape sebenarnya yang lecturer kesayangan aku tuhh ajar!!!adeii...tapi aku tanak repeat.masalahnyer pulakk...aku ta paam sanadd-sanadd!!adeiii~serius siakk!!!subjekk nihh bakal menjadikk subjekk yang aku tersanadd lhaa suke...♥♥♥...maybe lhaa...ta janji yekkk!!!

sec0nd day lakk___[ DISCREATE MATHEMATICS ]___hwaaaaa....i hate math!!!sanadd ta sukeee....tapi ape leyy wat.TERPAKSA ku hadapinya dengan rela + tabah....laen macam jekk math nihh...bukan macam math yang cecigu aku ajar dari tadika tuhh...:*:*math tuhh kene kepakaran berimaginasi + mengira....waaaa.... dala aku nehh bab berimaginasi tuhh terlebeh highh!!!kang imaginasi jer lebeyy...mengira nta kemana!!!sebut pasaii math...aku teringat pulakk zaman skola aku dulu...ADD_MATH!!!perghhh....sadiss.....macam2 penderitaan yang aku alami sebab math...so...aku nihh bole lhaa dikatekann...FOBIA MATH!!!bukan cinte jekk ade fobia taw kekawann!!!....>hanya sesape yang taw perangai aku dulu jekk taw!!!ehehhhee<

seminggu gap??!!!woittt...aper aku nak wat haaa???....blajar??adeshhh....dermderm!!!

nanti lhaa yekk??...aku sambung feeling-meeling aku next week!!!sebab minggu nihh cume 2 subjekk jerr...
next week lhaa subjekk yang lagi extra-cool...BEKU otakk p0n bolehhh!!!hahahhaa...wish me luck k!!!

i know what she's know about love.do u?...


Saat anda menjalinkan hubungan cinta, banyak perkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda. Jika tak diatasi segera, ini akan menjadi penyebab hubungan cinta anda terkandas di tengah jalan.

6 perkara yang boleh menghancurkan hubungan seperti diambil daripada website “She Know”:

1. Ketidak_percayaan
Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kurangnya kepercayaan. Jika pasangan tak saling percaya, hubungan anda tidak akan berjalan dengan jujur.
Jika anda terus-menerus mengesyaki pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan tahu apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.

2. Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku.
Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau secara sendiri. Bila perlu, minta bantuan daripada rakan atau orang yang boleh anda percayai untuk mengurangkan beban fikiran anda.

3. Menyimpan dendam
Jangan pernah sama sekali menyimpan dendam terhadap pasangan anda. Jika persaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk membina masa depan bersama.
Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang mengenai alasan anda mengapa menyimpan dendam tersebut. Jika anda memerlukan pihak ketiga untuk membantu anda, lakukanlah.

4. Kurang berkomunikasi
Pasangan jarang berkomunikasi akan sukar memahami apa kehendak antara satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulailah dari hal kecil, hingga hal yang memerlukan perhatian penting.

5. Selalu berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat hampir dalam segenap hal. Berhati-hatilah kerana pertengkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.

6. Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun, lebih baik menjaga jarak anda dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan. Ceritakan pada pasangan anda bahawa anda dan bekas pernah mempunyai hubungan cinta suatu masa lalu.

Beri pengertian pada pasangan, bahawa hubungan anda dengannya telah berakhir.
Ada banyak hal lain yang boleh membunuh hubungan anda, namun tak semuanya dapat diatasi dengan mudah. Komunikasi adalah kunci untuk mengatasinya.



Friday 11 November 2011

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

berikan PENGHARGAAN sebelum anda DITINGGALKAN!!!

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.  Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.


Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta  yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.


Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.


Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…


…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya...



Biar saya terangkan.

Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.
Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi:-

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.
Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki  menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

man over women??...hikkhikk


1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.

Thursday 10 November 2011

adEr aKu kiSah SayAnG??....


Sayang…sepenuh kepercayaan telah ku berikan…sepenuh harapan ku impikan…sepenuh kasih  ku berikan…sepenuh tumpuan telah ku layarkan…juga sepenuh perasaan aku menahan…perit!!!sakit!!!kau fahamkah penderitaan ini…haruskah aku terus menahan…menelan….satu harapan yang pudar dan rapuh…yang tak mungkin kan tertahan lagi??
Sayang…aku mampu lagi tersenyum saat kau menduakanku…dengan harapan kau tidak akan terus melukakan aku…aku rela kau bahagia dengannya…tapi lepaskan aku…kau berkata kau tak mampu…kau tak mahu kehilanganku…namun sedarkah kau…apa yang kau lakukan padaku…sangat mengecewakan hatiku…. Kau seolah menyimpan aku…namun ingin bersama dengannya…kejamnya dirimu!!!


Sayang…telah ku limpahkan segala yang aku ada…khas untukmu seorang…aku tahu aku tak setanding dia..yang telah lama bertahta di hatimu…namun telah ku berikan apa yang tidak termampu dia berikan padamu…sebuah kejujuran dan sebuah kesetiaan…keikhlasan tanpa sempadan…kucurah tanpa kunilai ertinya…namun telah kau siakan…aku tidak kisah sayang… mungkin kau masih tidak sedar kehadiranku…


Sayang…dia adalah kisah lamamu…aku adalah kisahmu kini…namun kau membiarkan aku hidup di dalam penjara kisah lamamu…apakah salahku padamu??...beritahulah kau kepadaku…


Sayang…masihkah kau ingat janjimu padaku dahulu?...kau terlupa ya??...aku tersenyum lagi…walau perit kisah kau berikan padaku…aku tetap berjanji akan tabah mengharunginya…jangan khuatir sayang…aku tiada makna bagimu…cinta dan kasihmu hanya untuk dia…


Sayang..aku bukan b0neka!!aku juga mempunyai naluri…perasaan untuk disayangi…bukan dikhianati!!!tapi tidak mengapalah…aku tidak bersedih…apa yang ku lalui bersamamu…telah mengajar aku erti kekuatan…


Sayang…hanya 1 yang aku mampu lakukan untukmu…aku mendoakan kau bahagia bersama dia!!! Jangan tamak!!!hargailah dia…sesungguhnya aku mengalah…aku tidak mahu bergaduh…aku bukan perempuan yang suka bergaduh kerana lelaki ni…lagipun…kau bukan SUAMI aku!!!aku relakan…aku redha…aku bukan perempuan yang kau impikan…aku adalah aku!!!dan aku tak mungkin menjadi seperti dia…yess!!!aku memang suka mencari kesalahan orang lain…aku memang suka bergaduh…aku memang suka melangsi…yee…aku akui semua tu…tapi aku bukan hipokrit!!!tak guna lah kau melukakan hati aku lagi…sekadar ingin menambah kesakitan aku…maaf…aku bukan pendendam…


Jadi sayang…aku telah membuat keputusan…biarlah aku yang melangkah pergi dari hidupmu…aku tidak bermaknakan??...semoga kau bahagia sayangku~

Thursday 3 November 2011

STALkeR tuhh PEMBURU ke PENYEboK Eyhh??...

hell to go la kan...dermderm!!!slalu sanadd perasan nei meme susa...aisehhh!!!kau kau!!!~yelahh kau!sape lagi pulakk~aku neii bukan nak cakap merepek nan kau!!!tapi...sajekk je nak penohkann entry aku neii..yea...aku an bosann...bukan ade kerja p0nn..dok uma p0n membesarkan badan...wahhhh!!!jap lagi 1 sayezz la kite kan... cume beza tinggi jekkk...opsss!!!edit jekk lebehh...(lawa la kau edit...ajar aku bolehh)

hahhha....lawakk p0n ader!!aku menulis bukan niat nak stalker...aku bukan type macam uhh la kawann...tapi... kau kene gak ingat,aku menulis bende betul plak~lalala~kau carikk aku dulu kot!!idak la pulakk aku terpikir nak serang kau...nihh bukan pemerintahan kuku besi ag da...

kau jugakk!!tolong lhaa jage kebersihan sikitt...kebersihan hati nurani...kebersihan jiwa...jika jiwa rosakk dude... parahhhh.................................................

mulut aku jaad??...yerpp meme mulot aku jaadd...pangai p0n same jekk...so...aku nak mintakk maaf la kat kau yang BAIK tuhh...MAAFKAN AKU YEKK!!!

aku gakk tak dea banyakk sanadd mase nak stalker nihh. meme aku dok uma besarkan badann...tapi...aku bukan jenis stalker nihhh...bran cakap depan maa...tapi ta paya la kot.aku kenal kau da lama...lama sanadd... aku tau kau anak yang baikk...aku tau kau bukan kaki gado...cumenyerr...mulot kau tuhh la aku ta tahan... nampak salah aku jekk,salah kau ta nampak!!! APE KAU DA  BUTE EYHH??...

aku bertanye jekk...kau yang ta reti jawabb...lame kot aku tunggu!!!aku cakap baekk_baekk kau cakap cam langsi...kat sekolaa kau ta ajar BUDI BAHASA ke??...rasenyer member aku berbudi bahasa la weyhhh!!! aiseyhhh...mesti kau tidoo dengkor dalam kelas kan??...hahahahha...BURUK PERANGAI!!!

pertanyaan yang baeekk dari aku...kau cakapp aku PENYEBOK!!! bile kau bertanyee...seingat aku lhaa kan...idak aku meraban cenggitu kat kau. TAKOT LHAA KAU NANESS...aku ta reti pujookk!!!

anywayy...aku hargai persahabatan kita neii...dekat seta0n kot!!! aku p0n da muler jatoh ati berkawan ngan kau. even kau perempuan...KITA BUKAN LESSY...hahhahha...sayangg kau!!!miahahhhahhha

Wednesday 2 November 2011

. . . . . . . . . . . . .



When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"

When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..

When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..

When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."

When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..

When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..

When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 
50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..

When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

Tuesday 1 November 2011

~kombinasi pasangan~


SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·       Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
·       Jgn suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan bahawa ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pasangan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
·       Definisikan peranan masing-masing dengan jelas. Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan dari awal tentang tanggungjawab masing-masing.
·       Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
·         Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik". Apa kata cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang serta adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·         Selalulah  berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, “semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
·         Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaannya anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
·         Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahhwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·         Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
·       Jangan terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastic, tetapi pasti.
·         Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
·         Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·         Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
·         Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
·         Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif.
·         Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.


TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·         Jangan sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
·         Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
·         Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
·         Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajipan masing-masing. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ia diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
·         Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah.
·         Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
·         Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
·         Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.