::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Monday 12 March 2012

kerana . . .

kenapa kau masih sayangkan dia ?
sedangkan hati kau selalu di sakiti . . .


kenapa kau masih mencari dia ?
sedangkan dia tidak kisah untuk berlalu pergi . . .


kenapa kau masih menanti dia ?
sedangkan dia tidak pernah menyuruh kau terus menunggu . . .


kenapa kau masih memerlukan dia ?
sedangkan dia tidak lagi memerlukan dirimu . . .


kenapa kau masih cintakan dia ?
sedangkan dia telah melumatkan cintamu . . .


kenapa kau masih merindukan dia ?
sedangkan dia sedang berbahagia di atas penderitaanmu . . .


kenapa kau perlu menangis di hadapannya ?
sedangkan dia hanya memandangmu tanpa sesalan . . .


kenapa kau masih mendambakan kehadirannya ?
sedangkan dia mungkin tidak kembali ke sisimu . . .


kenapa ? kenapa ? kenapa ?


kenapa aku masih sayangkan dia ?
kerana sayang bagiku tidak bergalang . . . tidak berganti !
sekali aku dah sayang . . . selamanya akan mekar di hati .


kenapa aku masih mencari dia ?
kerana bagiku . . . dia adalah terjemahan diriku .
separuh dari jasadku . . . apa yang ku lihat pada dirinya . . .
adalah cermin dunia hidupku . . .


kenapa aku masih menanti dirinya ?
kerana dirinya ada sesuatu yang tak mungkin kau akan percaya !
yang tak dapat aku ungkapkan dengan jutaan kata . . .


kenapa aku masih lagi memerlukan dia ?
kerana dia yang telah banyak mengajarku erti rasa . . .
marah . . . merana . . . kecewa . . . malah gembira . . .
kerana dia jugalah aku belajar erti sebuah kehidupan . . .


kenapa aku masih lagi cintakan dia ?
kerana aku bukan hanya cintakan luarannya . . .
malah aku terlalu mencintai pekertinya . . .
walau tidak terlalu sempurna . . .
dia tetap yang aku cintai . . .
cintaku bukan dapat tertahan . . . malah aku akan kerap membajainya !


kenapa kau masih merindukannya ?
kerana dia adalah belahan rinduku . . .
dia yang merapatkanku kepada  penciptaku . . .
dia yang mengajarku erti tabah . . .


kenapa aku menangis di hadapannya ?
aku menangis bukan kerana terluka kerana sikapnya . . .
tapi aku menangis kerana aku telah mengabaikan dirinya . . .
sehingga dia membuatku menangis kekesalan !


 kenapa kau masih mendambakan dirinya ?
kerana aku berpegang kepada janji . . .
aku tak mungkin akan melepaskannya . . .
melainkan dia yang melepaskan diriku . . .
kerana aku tidak sempurna mana untuk melepaskan dirinya . . .


aku tetap akan menanti dirinya . . .
kerana aku utuh dengan takdirku !
aku akan melepaskannya . . .
sekiranya dia memang milikku . . .
dia akan tetap kembali kepadaku . . .
walau sudah bertahun terpisah !
tapi aku tidak dapat berjanji akan selalu menjadi miliknya . . .
manalah tau . . . aku akan menemui sang penciptaku dahulu sebelumnya . . .
atau aku bakal menjadi milikmu . . .




kalau cinta itu membutakan mata . . .
jangan lah kau membutakan hatimu . . .
jika cinta itu indah . . .
jangan lah kau taburi benih nista . . .
sesungguhnya . . .
jodoh tetap ada !

No comments:

Post a Comment