::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Tuesday 24 April 2012

awak :)

awak , awak dah berubah kan ?
awak seperti sudah lupa apa yang terjadi di akhir pertemuan kita dulu .
saat awak berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama .
yang awak bersumpah akan terus setia . . .
yang awak berikrar untuk berhenti menyakiti saya . . . 


awak , awak terlupa sesuatu kan ?
awak telah alpa mengejar perhiasan duniawi <wanita>
tanpa memperdulikan perasaan saya yang menunggu di sini. . .
mungkin juga awak terlupa usul awak . . .
di saat awak jatuh , siapa di sisi awak . . .
di saat awak di hina , siapa yang mempertahankan awak . . .
malah di saat awak hiba , siapa yang berkongsi tangis dengan awak . . .


walaupun saya di hina , di caci , di keji . . .
kerana menyayangi awak . . .
sedikit pun awak tidak akan pernah tahu .
dan saya akan pastikan yang awak takkan tahu .
kerana bagi saya . . . 
cukuplah saya seorang yang menanggung perbuatan awak dahulu . . .
kerana saya tidak mahu awak rasa bersalah terhadap sesiapa .


awak , sedang awak asyik menipu saya lagi . . .
mengkhianati peluang yang telah saya beri . . .
bergembira di sana . . .
berduka di sini . . .
asyik dikelilingi dusta yang awak lemparkan . . .
tanpa awak sedari ,
saya sudah tahu kecurangan awak .
saya sudah tahu permainan awak .
saya sudah tahu kesilapan awak .
saya juga sudah tahu siapa sebenarnya awak .


mungkin dulu ,
saya boleh memaafkan awak .
walau dalam luka awak toreh ,
saya tetap akan memaafkan awak .
walau hiba hati kerana awak ,
tetap saya pujuk hati agar menerima awak . . .
saya setia walau awak memperlakukan saya begitu
sehingga mereka bersangka saya wanita terbodoh
kerana sering memaafkan awak . . .
mungkin kerana saya sering ada bersama awak .
membuatkan awak tidak sedar kehadiran saya .
membuatkan awak terlupa siapa saya sebenar .
membuatkan awak leka awak sering menyakiti saya .


awak . . .
saya nak minta maaf . . .
ikhlas dari hati  . . .
kerana saya mungkin tidak dapat terus menemani awak
di dalam suka duka awak 
seperti kelmarin . . .
kerana kali ini . . .
saya benar sudah terbiasa terluka kerana awak
saya tidak mahu hidup dalam kedukaan
sedangkan awak bergembira di sana . . .
saya tidak mahu terpaksa membenci awak . . .
kerana awak adalah sese0rang yang pernah menjadi raja hati saya .


saya terpaksa pergi dulu . . .
meninggalkan awak dengan cara hidup yang awak pilih
saya doakan awak bahagia . . .
walau bukan di samping saya .
saya relakan awak berlalu . . . .
dari kepingan hati saya . . .


#saya setia dengan awak , tapi awakk ? ? ?
#saya sudi memaafkan awak , tapi apa yang awak dah buat ? ? ?
#saya sanggup bersusah demi awak , tapi awak bersenang dengan . . . ? ? ?
#saya terluka kerana awak , tapi awak menjaga hati . . . ? ? ?
#bukan setahun kita kenal , sampaikan awak masih tidak memahami saya . manusia berubah . kini saya berubah kerana sikap awak terhadap saya . terima kasih awak :)

No comments:

Post a Comment