berikan PENGHARGAAN sebelum anda DITINGGALKAN!!! |
Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.
Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.
Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya...
Jangan anda salah faham, lelaki tidak
akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing.
Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan
ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang
lelaki.
“Aku tidak menghargai kau lagi”.
Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu,
kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri
dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak
jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita
sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai,
dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang
sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya
disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.
Wanita kadangkala tidak sedar diri
mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang
berbunyi:-
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya
mengubah topik perbualan.
2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan
galakan yang sewajarnya.
3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan
sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.
Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan
PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan
pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.
Jika anda seorang wanita, ini tidak
bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan
anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and
pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan
keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.
Itulah sebab utama lelaki
meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang
Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya
satu PENGHARGAAN yang ikhlas.
No comments:
Post a Comment