1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah
perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang
menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati
pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka
telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi
kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki
menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik
yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki
yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan
perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam
suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap
saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke
peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja
mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan
boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk
mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama.
Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan
perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan
pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan
pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang
mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah
perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan
perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya
begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat
sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang
menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu
menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti
tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan
pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara
hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini
adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh
membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan
dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
No comments:
Post a Comment