::mAdAm bLoG nIh::

My photo
pemilik blog ni : wahilah bt mohd haris panggil je : biase member panggil wa jerp~ umur aku : saban ta0n bertukar2... d.o.b. aku : bulan last,ujung taon,1919 aku berasal dari..: hutan melintang,perak pesanan tok korang~ suke at blog aku...korang boleh stay~ ta suke?..blah jea!!jangan banyak bunyi..~ cHilLax~grrr!!!

Wednesday, 30 May 2012

18 sebab jin merasuk manusia



WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Tuesday, 29 May 2012

HATI SEORANG WANITA

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin 
bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

‎30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.....:)

Monday, 21 May 2012

suatu hari nanti

SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk aku seperti aku menangis untuk kau,
SATU HARI nanti kau akan MERINDUI aku seperti aku merindui kau,
SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN aku seperti aku memerlukan kau,
SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI aku TAPI aku tak mungkin mencintai lagi ♥

peringatan buat aku :(

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. 

اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. 

اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.

اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.

اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

Monday, 14 May 2012

karma ~

aku rasa dah sampai masanya tuk karma membalas ape jekk yang aku pernah buadd dulu . takku sangka ini akhirnya . aku ingat kalau aku setia , dia akan hargai aku . namun tetap sia-sia . everythings is nonsen ! ! haprakk saja ! urghhh . aku sakitt ! sakitt taw x ! penat !


sirhan ! kenapa jea kau tipu aku kan ? padahal aku neii sayang gyler babz kat kau . kau pun tau hakikat tuhh ! aku boleh terima yang kau menduakan aku . ehh silap ! membelas kan aku dalam satu masa , tapi mane pulakk datangnyer perempuan name echa tuhh ? dulu kau cakap kau kawan sahaja . now kau cakap takk tau status dengan dia . ape cer sayang oiii ? ! jangan maen-maen laaa . penat tau x ! ! ! echa cakap dy dah kapel dengan kau ujung 2010 . tyme tuhh kau ngan ikin , su ngan siti lagikk . yeee . meme kite kapel tyme tuhh , n pts sekejap sebab aku . tapi kenapa kau tak berterus terang dengan aku jekk ? walau kau dah kantoi , kau tetap nak membuktikan yang aku salah . amer ! go0d job ! jadi laa balaci sirhan tuhh yekk . sesungguhnya kau la dalang semua nihh ! aku jumpa kau , kau buadd muka takk bersalah n takk tau pape . kau sorok echa dari aku . now kau sorok aku dari echa . KAU DA KENAPA ! ! ! echa pun same . beria cakap aku menipu die . ehh lampi oiii ! dari mane laaa kau keluar kan ? aku jumpe sirhan kot ari tuhh . aku call pun pkai number die . means aku meme jumpe la no0kkk ! da kau asal mengong sanadd tah ! die tuhh ade 3 f0n . aku tau ! number yang die sms kau tuhh takk same ngan number yang dy sms aku . that y laa aku nakk num tuhh ! yang kau asal susah sanadd nak bagi tahhh ? ! dala kau game aku ! shiakkk ! ! ! aku kenal sanadd lhaa sirhan tuhh sayang oiii ! walau kau lebih dekat dengan die , aku lebih kenal die . yang aku tak paham , kau kapel lame . tapi satu pun tentang die kau takk tahu . aishhh ! takk faham aku .


aku bukan nakk cakap ape beb ! aku rela kalau paan nakk kau . tapi aku nakk penjelasan . kenapa dia pilih aku t0k di permainkan ? ape masalah dia tah . kau pun sama ! cuai ! kau dekat . selalu sms dia . tapi kenapa kau boleh takk tau tentang keluarga dia yekk ? takk pernah jumpa . kau takk tau tyme die sedih , tyme die perlukan kau . tapi aku ? aku dahh jumpa keluarga dia pun . kalau dia menangis , die sentiasa dengan aku . aku keliru ! ! ! kenapa semua jadikk macam nihh ? bukan senang aku nakk sayangkan seseorang . sekali dah sayang aku sanggup buadd ape jekk . mungkin jugakk melepaskan sirhan . tapi . . . . sumpah aku ikhlas sayangkan dia . terlalu sayangkan dia .


echa . . . siti aisyah . nama isteri rasulullah . penyejuk mata , pendamai hati . . . . tapi kenapa nama takk seiring dengan behaviour kau yekk ? kenapa kau tipu aku ? kenapa kau kerek . dengan aku kau cakap laen . dengan sirhan kau cakap laen . kau ada masalah yeee ? kau plan nak serang dia . dah aku bagi plan baekk , kau nakk jugakk aku ikut plan ntah hapehape tahh kau tuhh . aishhh ! ! aku nak kau kant0ikan die depan kita 2 , kenapa kau macam nak tanggung sorang ? macam kau terlayak . . . antara kita aku lagi layak dengan dia . tapi aku takk nak berebut . kalau dia sayang kau , kenapa ada aku ? kalau sayang aku , kenapa ada wanita laen tahh ? haaaa . . . jawab !


karma ! tuhh ayat selayaknya untukk aku . sebab mampu bergembira di atas kedukaan orang laen . walau sekejap . aku dah agak , hari nihh akan tiba . tapi selayaknya kau tahu , kau yang memilih aku . kenapa aku yang terpaksa menerima padah nihh ? <takk puas hati>


aku tau aku takk secantikk echaa . . . hurmmm. . .  tapi . . . aku sayangg gylerr kat kau !

Monday, 7 May 2012

be aware ! menda nihh meme jadikk kat aku :(

contoh2 ayat or perkara org yg anda syg akn tglkn anda....

1-slalu marah2-i rimas la...(bkn sbb period...tp bersedia utk menghadapinya...)
2-dh jarang msg..jwp kol...(mulalah sesi mncari calon..)
3-i nk tdo ni...(sblm ni xpnh plak tdo awal...)
4-anda makin kurang bermesra dgn dia..(tnda2 pertama...next!!!)
5-dia mula bg alasan mcm2...(tudiaaaa!! mcm hin....)
6-dia dh mula utk menipu...(mgkn anda org yg malang...)
7-dia lbh suka lyn org lain dr balaknya...(mgkn org lain tu akn jd balak brnya...)
8-10 msg yg d beri..hnya satu je yg d balas..."sori...."(bkn sbb dia bz..tp dia mulakn lngkah utk lari...)
9-apa yg berlaku kt anda dia xpnh amik tau....(mgkin kita terlalu sygkn dia...)
10-dia dh pndai berahsia...(hnya tuhan je yg tau...)

p/s- ambil ikhtibar apa yg berlaku...sntiasa bersedia.. :(

Wednesday, 25 April 2012

dushh kat muka hang ! bangang ! hahhha

jika kamu MENCINTAI 2 orang dalam 1 masa , maka pilihlah orang yang KEDUA itu kerana jika benar kamu mencintai yang PERTAMA , tidak mungkin kamu akan jatuh cinta pada yang kedua .

aku sanadd tertarikk dengan ayat jiwang di atas :: ehemm ::
kalaulah aku boleh tuju kat seseorang . memang aku tuju . dah lama aku tuju . sebelum keluar ayat nihh pun aku dah tuju . wawawa . tapi ape boleh buat ? kalau seseorang yang kau nak tuju tuhh , meng0ng nak mampus ! kau tuju berkali kali p0n bukan ade efekk kan ? kahkahkah : gelak sama lu : gelak sama wa jugakk :

hahaha ! rasenye kecelaruan otakku semakin bertambah . tahap kritikal da neii weyhh . hadoyy . tak tau nak habaq mai camner lagi daa . kesian aku kan ? wawawa . tadi tyme exam p0n tetibe jekk aku boleh tringat . hadeyy . boleh lakk meleleh ayer mate dalam dewan exam tadi . siakkkk ! benci kau lhaaa ! ! pi maen jauh_jauh ! flush otakk aku jap ! tinggalkan memori meng0ng antara aku dengan kau . tapi . . . mampukah aku ? ? ?

hey stupid boy ! bangang kan kamu nih ? eheheh . bukan ngutukk awak , tapi DIA tuhh ! DIA tuhh dah maenkan perasaan saye tau . sakittt . tapi saye masih lagi tersenyum . awak nak tahu kenapa ? sebab DIA sudah kehilangan saya yang begitu setia kat dia selama dua tahun . sebab saya yakin , akan ada seseorang yang lebih layak untuk saya sayangi . yang menghargai saya . terima kasih ALLAH kerana banyak memberikan aku petunjuk mengenainya . sesungguhnya masih ada yang menyayangi aku . aku tak memerlukan sumpah setia plastikk kau tuhh lhaa gyler :)

selama dua tahun aku dengan kau , sikit pun aku tak pernah nak curang . . . hurmmm .  tapi kau yang dah berkali curang . tak cukupkah aku kat mata kau nihh ha ? apa kurangnya aku ? sapa tau ? haha . meh aku bagitau . :: kekurangan aku adalah aku terlalu sayangkan dia sampai di saat dia mendustaiku , mengoyak jiwaku , aku masih mampu tersenyum dan menerimanya semula : bodohkan aku : #HAKIKAT#

kau cakap kau sayang aku . kau cakap kau perlukan aku . yang lain tuhh cuma sandiwara kau saja . tapi pernah takk kau berfikir jap : apa perasaan kau kalau aku buat macam kau buat nih ? : kapel dengan wanita laen di saat kau sedang berbahagia denganku : o0pss . mungkin kau tak bahagia . tuhh sebab kau menduakan aku kan ? : tape . mungkin tuhh salah aku kerana tak dapat membahagiakan dirimu seperti mahumu . phuihh ! kau nak bahagia ? : kau tanya diri kau dulu , kenapa kita tak bahagia ? semua salah aku kan ? macam yang kau cakap dulu . salah aku . salah aku sebab marah kau . tapi sedar tak kau kenapa aku marah ? :: yang ko pergi kapel ngan perempuan laen sape suruh ? dah kantoi tahu nak merayu :: bukan sekali dua pulakk :(

kau cakap kau sakit . kau cakap kau kesusahan . kau cari aku . aku sentiasa ada untukk kau meluah perasaan . tapi bila aku sakit . aku susah . mana kau pergi ? alasan sibuk kon0n . weyhh ! kerja tak pernah habiss der ! wallaweyhh ! alasan ciput macam cipan ! setan ! menipu aku lhaa tuhh . haha . cuba kau imbas balik , apa yang kau dah buat kat hubungan nih ? ada takk ? haha . sumbangan kau banyak derr . tak ternilai . :: kau goyahkan hubungan nihh , aku kena pertahankan :: aisehhh . hebat kan pencapaian kau ? ? ? . . . w0w ! kau lhaa lelaki idamanku sayangggggggggggggggggggggggggg ! <shit>

setiap kali kant0i , aku dah suruh pergi jekk kat p0mpuan tuhh . kau takk nak . kenapa kau nihh ha ? bodo ke setan ! ! eeeee ! bengang aku dah ! bukan sorang dua perempuan kau lukakan sebab nakk aku . tapi ramai . tak serikk ke kau haa ? ! kau fikir takk ? dengan perangai haremm jadahh kau nihh , aku plak terpaksa blah ! tinggalkan kau yang macam bangkai . hahaha . kau blah ! blah jea ! pergi kat wanita yang kau kejar sepanjang tempoh perkenalan kita . #wanita , bukan kau saja yang dia kejar , dia akan kejar semua . asalkan korang ade dua bijikk gunung dengan tanah 3 segi# kadang bapukk pun dia layan . hahahahaha .

ehh ! kalau kau betul perlukan aku . cintakan aku . kau takkan benarkan wanita laen masuk ke dalam hati kau lhaa . kalau aku bolehh buadd < tutup hati untukk lelaki laen > kenapa kau takk boleh ? ohooo . . . kau bacull kan ? wakaka :) asyukkkk ! ! sebab , kalau betul kita cintakan seseorang , kita takkan membenarkan pihak laen menjadi pengacau . kau akan takut kehilangan aku sama macam aku takut kehilangan kau . #dulu#

p/s : aku tau kau pakai lagikk celc0m kau . tak payah nakk menipu lagi lhaa . sebab aku dah tahu . menda jaat takk payah nakk sorok . aku tau bila kau keluar ngan wanita laen , kau takk bawak maxis kau kan ? hahaha . meh aku ajar menipu sikit . . . kalau dah cakap henpon hilang tuhh , tukar lhaa sim . tak logikk lhaa np0n hilang tapi still 0n walau dah 3 minggu hilang . haha . siap aku miskol pakai number member aku , kau call balikk kan ? :: sental lhaa labu :: dah ! aku nakk kau blah ! sebelum aku benci kau lebih dahsyat :) wawawa <gelak jin> aku dah takk tau nak describe perasaan aku dah kat kau . pandai_pandai lhaa kau hidup lepas nihh oke ! 

Tuesday, 24 April 2012

untuk kau !

salam . . .
sayangku yang pernah aku sayangi sepenuh hati dan jiwaku . apa khabarmu di sana ? sihat kah kamu di samping si dia si dia yang kamu puja ? berbahagiakah kamu di temani teman_2 penghibur lara ? . . . aku tahu kamu tersenyum bangga kerana masih di temani wanita_2 yang kamu tidak pernah lelah mengejar mereka . . . malah takkan lelah mengejar dan terus mengejar . . . 


sayangku , 
tahukah kamu kiranya ku terasa hati ? sedang aku berterusan sedia menunggu dirimu , namun kau hanya sibuk dengan dunia kau sahaja . mengejar wanita . sehingga bilakah semua ini akan terhenti ? akan berakhir ? aku lelah . penat . aku bukan penat menyayangi dirimu . tidak sama sekali . namun aku begitu penat melayan karenahmu yang kadang kala seakan mencabar tembok kesabaran , kemaafan serta kesetiaanku . . . tahukah kau kiranya aku mengharapkan kau menunaikan janjimu ? namun janji hanya janji . . . aku sedar . menepati janji adalah kelemahan terbesar dirimu .


sayangku . . .
sepanjang tempoh kita bersama , tidak pernah terdetik di hatiku untuk berpaling darimu . tak pernah terlintas untuk curang . mengkhianati janji yang telah aku beri . tidak sama sekali . namun mengapa kau begitu tegar mengkhianati kasih sayangku yang tulus suci buatmu ? kau nodai cinta yang aku beri . cinta yang aku semai . cinta yang HANYA aku membajainya . sedangkan kau . . . sibuk membajakan cinta terhadap gadis lain . . .
memijak kejam cebisan hatiku . merobek jiwaku . demi mencari gadis yang kau pilih . . . 


sayangku ,
tanpa kau sedari , penipuanmu terbongkar sedikit demi sedikit . apa yang kau dustakan telah aku ketahui tanpa pengetahuan kau  .aku tidak laa sebodoh GOOFY yang menerima cakap kau bulat_2 saja tanpa bukti . aku adalah aku . ini diri aku . di sebalik diriku yang tidak pernah kau ketahui . . .


sayangku ,
aku melepaskanmu bukan kerana aku tak sayang,
tapi kerana aku mengalah .
aku letih dengan sikapmu .
sayangku . . .
aku tidak sangka sama sekali . aku berbahagia di atas kelukaan insan lain . insan yang kau lumatkan jiwanya . kau membuat aku membencinya seolah dia yang bersalah . namun sebaliknya , bukan dia yang harus ku benci . tapi dirimu . . . patut lahh bahagia kita tak lama kan sayanggg ?


sayangku . . .
masih ingatkah dikau di saat kau meminta peluang terakhir itu ? dan aku memberinya dengan harapan kau takkan mengulangi kesilapan yang sama . namun . . . hampa . sungguh aku hampa dengan dirimu .


sayangku ,
andai di beri pilihan untukk membalas kelukaan ku keranamu ,
aku lebih rela melihat kau bahagia bersama insan kau cinta . . .
dari melihat kau terluka kerana kesumatku .
aku tidak mahu kau menyesal di kemudian hari . . .
cuma 1 ku pinta . . .
usahlah kau mencari dan mengenangku lagi . . .
kalau kehadiranmu hanya untuk menambah duka di hatiku .




#akuyangsetiatanpamenyesalimemberikancintakepadamuyangtidakmenghargaiku#

qu0tes !


seems like me !


4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi ISI/PENGHUNI NERAKA

✿~ Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
~ suka mengungkit setiap hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar



wanita perhiasan dunia akhirat
✿~ Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

✿~ Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

✿~ Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.." 

awak :)

awak , awak dah berubah kan ?
awak seperti sudah lupa apa yang terjadi di akhir pertemuan kita dulu .
saat awak berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama .
yang awak bersumpah akan terus setia . . .
yang awak berikrar untuk berhenti menyakiti saya . . . 


awak , awak terlupa sesuatu kan ?
awak telah alpa mengejar perhiasan duniawi <wanita>
tanpa memperdulikan perasaan saya yang menunggu di sini. . .
mungkin juga awak terlupa usul awak . . .
di saat awak jatuh , siapa di sisi awak . . .
di saat awak di hina , siapa yang mempertahankan awak . . .
malah di saat awak hiba , siapa yang berkongsi tangis dengan awak . . .


walaupun saya di hina , di caci , di keji . . .
kerana menyayangi awak . . .
sedikit pun awak tidak akan pernah tahu .
dan saya akan pastikan yang awak takkan tahu .
kerana bagi saya . . . 
cukuplah saya seorang yang menanggung perbuatan awak dahulu . . .
kerana saya tidak mahu awak rasa bersalah terhadap sesiapa .


awak , sedang awak asyik menipu saya lagi . . .
mengkhianati peluang yang telah saya beri . . .
bergembira di sana . . .
berduka di sini . . .
asyik dikelilingi dusta yang awak lemparkan . . .
tanpa awak sedari ,
saya sudah tahu kecurangan awak .
saya sudah tahu permainan awak .
saya sudah tahu kesilapan awak .
saya juga sudah tahu siapa sebenarnya awak .


mungkin dulu ,
saya boleh memaafkan awak .
walau dalam luka awak toreh ,
saya tetap akan memaafkan awak .
walau hiba hati kerana awak ,
tetap saya pujuk hati agar menerima awak . . .
saya setia walau awak memperlakukan saya begitu
sehingga mereka bersangka saya wanita terbodoh
kerana sering memaafkan awak . . .
mungkin kerana saya sering ada bersama awak .
membuatkan awak tidak sedar kehadiran saya .
membuatkan awak terlupa siapa saya sebenar .
membuatkan awak leka awak sering menyakiti saya .


awak . . .
saya nak minta maaf . . .
ikhlas dari hati  . . .
kerana saya mungkin tidak dapat terus menemani awak
di dalam suka duka awak 
seperti kelmarin . . .
kerana kali ini . . .
saya benar sudah terbiasa terluka kerana awak
saya tidak mahu hidup dalam kedukaan
sedangkan awak bergembira di sana . . .
saya tidak mahu terpaksa membenci awak . . .
kerana awak adalah sese0rang yang pernah menjadi raja hati saya .


saya terpaksa pergi dulu . . .
meninggalkan awak dengan cara hidup yang awak pilih
saya doakan awak bahagia . . .
walau bukan di samping saya .
saya relakan awak berlalu . . . .
dari kepingan hati saya . . .


#saya setia dengan awak , tapi awakk ? ? ?
#saya sudi memaafkan awak , tapi apa yang awak dah buat ? ? ?
#saya sanggup bersusah demi awak , tapi awak bersenang dengan . . . ? ? ?
#saya terluka kerana awak , tapi awak menjaga hati . . . ? ? ?
#bukan setahun kita kenal , sampaikan awak masih tidak memahami saya . manusia berubah . kini saya berubah kerana sikap awak terhadap saya . terima kasih awak :)
✿~ Merindu itu mudah..
✿~ Dirindui itu istimewa..
✿~ Yang merindu sentiasa merana..
✿~ Yang dirindui tidak pernah mengetahui..

p/s : Izinkan aku MEMBAHAGIAKANMU dalam diamku, bukan sahaja dengan cinta tetapi dengan IMAN DAN TAQWA..♥♥



✿~ hari ini kita masih bersama..esok kita mungkin akan terpisah..
✿~ hari ini kita sihat..esok mungkin kita tiada lagi di dunia..
✿~ hari ini kita kaya..esok mungkin kita akan miskin..
✿~ hari ini kita mencintai..esok mungkin kita membenci..
✿~ hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..

p/s : Sekiranya esok yang kita harapkan TIDAK MENJADI..sekurang-kurangnya kita tidak akan MENYESAL jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini..kerana esok PASTI ADA tetapi esok itu BELUM TENTU untuk kita..♥♥



✿~ Jangan sesali apa yang telah pergi..
✿~ Jangan tangisi apa yang telah tiada..
✿~ Jangan terus menerus menyiksa diri..
✿~ Jangan terus hanyut dalam kesedihan..

tetapi BANGKITLAH dan BINA kembali apa yang telah tiada..



✿~ Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah dia..
✿~ Diam-diam, kamu TERTARIK dengan penulisannya..
✿~ Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya..
✿~ Diam-diam, kamu MINAT dengan cara penyampaiannya..
✿~ Diam-diam, kamu COPY status di wallnya..
✿~ Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya..
✿~ Apa pun kamu buat, dalam diam saja..

Kamu diam dan terus berdiam kerana diam menjadi PILIHAN, untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri..



Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥



Saat kita MENGETAHUI dia bukan jodoh kita..jika ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati..JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..

p/s : Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..sehati, sejiwa, seiman dan seakidah..♥♥



#jikatidaktertulisdiamilikku ,
  makatidakmungkindiamenjadibelahanjiwaku .
  ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

kita tak sedar walau mengetahui hakikat ini ♥♥

Jika DITANYA JUJUR kepada mana-mana lelaki tentang CIRI-CIRI CALON ISTERI, pasti mereka mahukan yang SOLEHAH..SEBABNYA? Untuk menjadi IBU YANG BAIK, yang boleh MENDIDIK ANAK-ANAK menjadi soleh/solehah..tetapi ketika itu, yang 'dikepitnya' adalah AWEK TIDAK BERTUDUNG, TIDAK MENUTUP AURAT, TIDAK MENJAGA MARUAH dan RELA DIUSUNG ke sana sini..


Seolahnya, si lelaki sedang menyampaikan MESEJ kepada aweknya, bahawa engkau bukanlah calon isteri yang aku idam-idamkan..sampai masanya, aku tetap cari yang MOLEK AGAMANYA..tapi apakan daya, ramai awek yang masih TIDAK FAHAM-FAHAM..♥♥ .

:: MARTABATMU mulia wahai wanita, jangan diletak di tempat yang HINA ::

peringatan sendiri !

JANGAN PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU, kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dahulu..

Betapa banyakpun lafaz cintanya di bibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir, namun Tuhannya terdahulu lagi telah lama TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan orang baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedang KESEDIHANMU kini kerana Tuhan mahu MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA.
.


Wednesday, 18 April 2012

macam bangang !

next week da final . aku tak plan hape p0n . nak study ? kepala tengah kusut weyhh ! hadeyyy ! ! so . .  karekter aku p0n suda jadi mengong macam do0dles nh . aku beria laa plan nak study . siap jek wat jadual study , aku on9 berjam . serupa aku tak buat jadual kan ? hehehe . so , aku off lappy . ak amek buku java . bace . tetiba aku nampak huruf_huruf coding bergerak seakan menari . . . aishh ! tak boleh jadi nihh . aku terpaksa menangkap huruf_huruf tu . tapi malang . huruf_huruf tu tangkas dan cekap melarikan diri . aku terdiam . tak boleh buat apa dah . aku takut final nanti . aku takut blur sebab huruf tuhh hilang . camner ni ? jadi aku on9 balik facebo0k aku . hehehe .

nasib lelaki malaysia :)




hahaha ! masyarakat kita memang macam nih ! yang nak berubah menjadi yang lebih baik sering di pandang serong . elok_elok orang nak berubah terus tak jadi . yea . dah selalu kena bahan kan . kadang sampai yang kurang paras rupa terlalu merendah diri . padahal ape yang mereka ada lebih daripada yang ada paras rupa . tak baik tau kita menilai seseorang dari luaran semata . selami hati . kawan ngan dorang dulu . baru kita akan kenal dorang tu sapa . ♥♥♥ yang nihh baru nasib lelaki malaysia . belum lagi wanita ! aishh ! manusia tak ada yang sempurna . ingat tu !


friend !




peeps ! hehhh ! sem nh agak langsi untukk aku . macam_2 masalah lerr yang mai dekat_2 final nih . minggu depan da final , tapi aku study p0n tak . tekanan sebab salah sendiri . jadi aku nak salahkan sape kan ? hurmm . . . tapi ade satu menda yang betul_2 buadd aku terkilan :: erti persahabatan ::




sahabat tuhh lhaa sepatutnya menjadi kawan . kawan yang sentiasa bersama . kawan yang menangis dan tertawa bersama . kawan yang seolah keluarga sendiri . bukan hanya kawan yang bergembira semata . aku tak tahu ape masalah aku dengan deorang . mungkin jugakk dorang sendiri tak sedar kesilapan dorang . aku tak kisah semua tuhh . tuhan tu ada . aku masih ade family untukk bekap aku . sahabat yang laen . ♥♥♥ . tapi yang aku nak dorang sedar kenapa aku jadi macam nih ! ! sebab aku tak nak satu hari nanti aku terpaksa bencikan dorang sebab perbuatan dorang ni . hurmmm . . . n00b jap . :) cite pasai laen lhaa . sakit hati plakk . wekkk :P